Sunday, June 1, 2014

Sup Telur




Selalu duk dengaq depa habaq pasai sup teloq..tp cheq memang la tak penah nak makan sup teloq macam mana melainkan rassem ( makanan mamak )...hehe...jadi kebetulan memang hari tu tak tau nak masak apa...jadi on da spot terpikiaq nak buat sup nie..and time tu umi plak tak berapa nak sihat sebab sakit gigi tak boleh nak bukak mulut..jadi memang sangatla sesuai menu nie untuk umi & cheq...hehe

Bahan-bahan :-

1. Telur
2. Bawang Merah & Putih
3. Halia
4. Serai
5. Lemon @ limau nipis
6. Cili padi
7. Minyak Zaitun
8. Minyak Bijan
9. Garam

Cara-cara :-

1. Potong serai , bawang putih & merah, cili padi, halia tu dah potong & ketuk sikit...
2. Tumis bahan-bahan yang kita dah sediakan no.1...
3. Masukkan air & garam secukup rasa
4. Biar air mendidih & masukkan telur
5. Perah lemon @ limau nipis untuk rasa masam..
6. Boleh hidang ...hehe