Sunday, June 1, 2014

Sup Telur




Selalu duk dengaq depa habaq pasai sup teloq..tp cheq memang la tak penah nak makan sup teloq macam mana melainkan rassem ( makanan mamak )...hehe...jadi kebetulan memang hari tu tak tau nak masak apa...jadi on da spot terpikiaq nak buat sup nie..and time tu umi plak tak berapa nak sihat sebab sakit gigi tak boleh nak bukak mulut..jadi memang sangatla sesuai menu nie untuk umi & cheq...hehe

Bahan-bahan :-

1. Telur
2. Bawang Merah & Putih
3. Halia
4. Serai
5. Lemon @ limau nipis
6. Cili padi
7. Minyak Zaitun
8. Minyak Bijan
9. Garam

Cara-cara :-

1. Potong serai , bawang putih & merah, cili padi, halia tu dah potong & ketuk sikit...
2. Tumis bahan-bahan yang kita dah sediakan no.1...
3. Masukkan air & garam secukup rasa
4. Biar air mendidih & masukkan telur
5. Perah lemon @ limau nipis untuk rasa masam..
6. Boleh hidang ...hehe


Wednesday, May 28, 2014

Ikan Bakar Hentam..☺


Disebabkan lama dah tak update blog..tapi resepi-resepi nie dah berhabuk dalam hp cheq...hehe...resepi nie tercipta bila tetiba umi beli ikan mera nie & letak dalam sinki suruh cheq masak...fuhh..berderau darah...dah la tak bagi hint nak masak apa...pikiaq punya pikiaq tengok dalam peti ais & kumpoi segala bahan-bahan yang ada maka terhasil la resepi nie...hehe..

⇝ Bahan-bahan :-

1. Ikan (tak kira la ikan apa pun boleh kot)
2. Halia
3. Bawang Holland @ bahang merah
4. Bawang putih
5. Serai
6. Cili padi
7. Daun pisang
8. Minyak bijan
9. Olive oil
10. Garam
11. Lada hitam

⇝ Cara-cara :-


dah tu letak dalam loyang tapi kena letak daun pisang dulu la k...sumbat semua bahan-bahan kisar dalam ikan & atas ikan..panaskan oven 5minit dengan suhu 200 degree....then masukkan ikan yang kita dah prepared tadi & masak selama 20 minit dengan suhu yang sama...




Friday, May 23, 2014

Detox Water ????


Apa tu " detox water"?...mula-mula cheq pun tak tau..tapi satu malam memang khas untuk buat research pasai menda nie ja la..ya la nak kuruih ngan sihat kan kena la tau...cari punya cari..last-last dapat jugak la cheq paham sikit-sikit pasai "detox water" nie...hehe..

1st skali kena la tau apa maksud detox kan..okay hampa suma boleh klik link kat sebelah nie untuk tau maksud detox...cheq malaih nak taip..➵ DETOX tapi kalau dah malaih lagi meh la cheq habaq...detox nie adalah salah satu proses untuk buang segala toxic dalam badan kita...hampa bukan tak tau kita nie makan macam-macam kan contoh dalam makanan segera...cara paling senang nak buang toxic adalah dengan minum ayaq banyak-banyak..."detox water" nie pulak ayaq yang ditambah agen-agen khas untuk membantu lagi proses untuk keluaqkan toxic dalam badan kita nie...hehe...hampa buleh gugel sendiri k...

nie cheq nak share minggu 1st cheq try dua jenis detox water... mula-mula cheq cuba yang tak letak ginger alhamdulillah memang sedap bukan letak gula pun..cheq potong-potong ja bahan-bahan tu boh dalam ayaq...nanti akan ada perisa sendiri la dari bahan-bahan tu..hehe..yang cheq tau kalau letak ginger lagi sedap la sebab rasa macam gas and kalau letak daun pudina memang akan jadi sangat-sangat fresh...fuhhh..sedapp woooo....

Saturday, May 17, 2014

Chicken Pancake with Mushroom


Nak dijadikan cerita kunun nak buat begedil ayam ngan cendawan tapi isi ayam sikit sangat dah tu bila letak ja teloq sebijik dah spoil teruih...hehe...so, meh cheq nak share resepi kali nie..hehe..

❥ Bahan-bahan (untuk cendawan) :-

Cendawan shitaki @ cendawan butang
Bawang holland
Garam
Minyak bijan
Lada hitam kisar

❥ Bahan-bahan (untuk ayam) :-

Isi ayam
1 Biji telur
Garam
Minyak bijan

➦ Cara-cara (untuk cendawan) :-

1. Potong cendawan & bawang
2. Tumis bawang sampai naik bau..masukkan cendawan
3. Masukkan garam + minyak bijan
4. Bila dah masak, angkat & letak dalam bekas asing...

➦ Cara-cara (untuk ayam) :-

1. Kisar isi ayam (boleh guna ayam kisar)
2. Masukkan telur + garam + minyak bijan
3. Gaulan sebati

➦ Final steps :-

1. Panaskan frying pans, gunakan minyak sikit ja...
2. Gunakan senduk untuk ceduk isi ayam tadi
3. Letakkan cendawan yang dah dimasak tadi di atas isi ayam macam gambar kat sebelah nie...
4. Bila bahagian bawah dah agak-agak masak boleh terbalikkan untuk masakkan bahagian atas plak..hehe..
5. Dah abis boleh hidang...





REMINDER : Kesedapan sesuatu makanan adalah dari ALLAH s.w.t. bukan dari manusia



Friday, May 16, 2014

Cheesy Chicken Poppers

Resepi nie cheq try lepas tengok Spice of Life kat Astro...tapi mcm biasa la kita olah sikit sebab tak leh nak golek2 ngan tepung kan...hehe...apa yang ada kat umah nie kita kena manfaatkan tak payah duk kalut-kalut nak p beli ....kebetulan umi cheq masak nasi ayam semalam..kami semua memang tak makan ayam yang isi tebai tu..jadi disebabkan ayam yang umi rebuih tu duk elok lagi..dengan pantasnya cheq amik untuk buat resepi nie..hehe..

Bahan-bahan :-

Ayam Kisar
3 biji telur
1 keping cheesedale
1/2 Bawang besar
Garam
Minyak Bijan

Cara-cara :-

1. Disebabkan cheq guna ayam yang dah rebus jadi cheq kena kisaq dulu ayam tu guna pengisar kasar..
2. Goreng bawang besaq sampai naik bau
3. Masukkan ayam yang dikisar tadi dalam satu bekas..
4. Msukkan telur sebiji + minyak bijan + bawang besaq yang dah digoreng + garam
5. Gaul semua bahan tadi hinggan sebati
6. Ambil bahan-bahan yang dah sebati tadi buat bulat & lubangkan kat tengah-tengah & letakkan cheese
7. Dah habiskan semua letakkan dalam peti ais semalaman..
8. Esok boleh gaulkan bebola ayam tadi dengan telur & goreng...
9. Ta daaaa siap..hehe..

REMINDER : Kesedapan sesuatu makanan adalah dari ALLAH s.w.t. bukan dari manusia



Cheesy Prata Eggs with Beef and White Mushroom



Sape kata nak diet tak boleh makan sedap-sedap...kalau ikot cara diet ATKINS nie insyaALLAH korang pun boleh makan sedap-sedap....untuk pencinta cendawan dan cheese boleh la cuba resepi cheq nie...hehe..

Bahan-bahan :-

2 biji telur
1 keping Cheesedale
Daging kisar (tapi disebabkan dalam peti ais cheq daging kisar dah abis jadi cheq guna daging burger RAMLI)
White Mushroom
1/2 Bawang besaq
Minyak masak @ Butter @ olive oil
Garam
Lada Hitam kisar
Minyak Bijan ( untuk wangi)

Cara-cara (mula-mula prepare inti dulu ) :-

Bawang dipotong dadu dan tumis ngan minyak masak
Tunggu sampai bawang dah masak & dah naik bau boleh la masukkan daging kisar / daging burger
Biarkan dulu sampai daging dah masak sikit
Masukkan cendawan
Letak garam + lada hitam kisar + minyak bijan
Gaul sebati & tunggu sampai masak

Cara-Cara (untuk prata eggs):-

Kacau 2 biji telur + garam + minyak bijan
Masukkan dalam frying pan
Bila dah masak sikit telur tadi letakkan cheese yang dah dipotong

Final Steps :-

Buat macam dalam gambar kat bawah nie...


alhamdulillah...settle & boleh lipat macam gambar kat atas skali k....resepi nie boleh serve time sahur / buka pose...

REMINDER : Kesedapan sesuatu makanan adalah dari ALLAH s.w.t. bukan dari manusia...


Tuesday, May 13, 2014

ᵜ Langkah Pertama Untuk Capai Target ᵜ



"DIET".....hehe..rasanya memang tak penah terpikiaq la nak diet-diet nie..keras kepala kan..memang dah azam cheq tak kan amik apa-apa ubat kurus sebab in the end kalau stop amik ubat tu kompom badan naik balik...jadi nak di jadikan cerita...time tengah duk syok-syok message kat chatON ngan mak angkat cheq...dia habaq dia nak jadi pendorong semangat anak-anak dia nak kurus..ikot diet ATKINS...mula-mula tak da la terpikiaq nak ikot..ALLAH nak gerakkan hati selidik pasal ATKINS nie lepas cheq solat tahajjud..biasalah cheq selalu duk doa moga ALLAH bantu cheq untuk kawal nafsu makan cheq yang macam zombie nie...hehe..ALLAH s.w.t. tak kan ubah nasib seseorang melainkan diri sendiri yang cuba untuk ubah nasib kita..jadi sementara nak tunggu solat subuh memang sangat semangat untuk selidik pasal ATKINS nie...last-last jumpe blog taiko ATKINS nie..memang pembakar semangat cheq nak kurus nie..

Sepanjang hari duk kat office memang tak dak keja len yang cheq buat melainkan selidik & pahamkan apa tu diet ATKINS(tapi cheq pastikan keja suma dah settle la)...kita kena la ada ilmu nak buat sesuatu kan..ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TAK BERBUAH, AMAL TANPA ILMU SIA-SIA...banyak lagi yang cheq nak kena belajaq tapi apa-apa pun memang dengan semangatnya the next day memang nak kena start diet..alhamdulillah..cheq dah nak dekat sebulan diet..wahhhh....kejap jer rasa..hehe...

copy paste dari blog taiko..

PERSEDIAAN MEMULAKAN DIET

✦ Sebelum Diet

1. Study bagaimana Ketosis berlaku
2. Sediakan diari untuk tulis apa anda makan
3. Sediakan penimbang
4. Ambil gambar time gemuk banyak2
5. Niat

✧ Semasa Diet

1. Pedulikan kata2 orang sekeliling
2. Elakkan stress & enjoy berdiet
3. Kurangkan melepak dengan kawan-kawan. (tambah2 yang jenis suke makan2)
4. Tidur cukup, dengan harapan berat turun pagi esok.
5. Minum 2 gelas air sebelum makan.
6. Jangan skip sarapan.

Wednesday, April 30, 2014

(っ◔◡◔)っ ♥ AYAH


AYAH....cheq sayang sangat-sangat kat ayah..walaupun kadang-kadang cheq melawan cakap ayah..cheq mintak maaf na ayah..ayah merupakan lelaki pertama yang cheq kenai....terbayang rasanya betapa dalam kasih sayang ayah kat cheq...ayah dengan umi sanggup bersusah payah besaqkan kami adik beradik...insyaALLAH ayah dah jalankan amanah yang ALLAH kasi sebagai pemimpin keluarga...cheq rasa bersyukur sangat-sangat sebab dilahirkan dalam keluarga kita sekarang..

Walaupun ayah tak cakap ayah sayangkan kami pun kami dah tau yang ayah terlalu sayangkan kami dan umi...cheq tak tau nak habaq lagu mana dah..tp memang rasa beruntung sangat-sangat..walaupun keluarga kita tak berharta macam orang lain tapi semua ada hikmah sebab kami semua dapat belajaq cara hidup susah..

Bila cheq tengok ayaq mata ayah memang itu perkara yang cheq paling tak boleh tahan sebab ayah susah nak keluaqkan ayaq mata depan kami..tapi 29/4/2014 ayaq mata yang ayah keluaqkan memang terpancar betapa kasih dan sayangnya ayah kat kami....(˘‿˘ʃƪ)

Tuesday, April 29, 2014

(✿◠‿◠) Starting....

waahh...rasanya macam dah berkurun ja tak melenguhkan tangan duk taip kat blog..blog lama dah delete..saja buat blog baru untuk suka-suka hati menaip sorang-sorang kat sini..\ (•◡•) /....nak mulakan tang mana pun tak tau...blog nie dah buat lama dah tapi cuma tak dak masa ja nak mengarang kat sini...al-kisah macam la cheq rajin nak menaip-naip nie kan..hehe...

tak pa la ikot suka cheq la kan nak mengarut apa kat sini...sebab buat blog syok sendiri...☜(ˆ▽ˆ)..till then da..esok-esok bila cheq free cheq akan mengarut lagi kat sini..hehe..