Resepi nie cheq try lepas tengok Spice of Life kat Astro...tapi mcm biasa la kita olah sikit sebab tak leh nak golek2 ngan tepung kan...hehe...apa yang ada kat umah nie kita kena manfaatkan tak payah duk kalut-kalut nak p beli ....kebetulan umi cheq masak nasi ayam semalam..kami semua memang tak makan ayam yang isi tebai tu..jadi disebabkan ayam yang umi rebuih tu duk elok lagi..dengan pantasnya cheq amik untuk buat resepi nie..hehe..
Bahan-bahan :-
Ayam Kisar
3 biji telur
1 keping cheesedale
1/2 Bawang besar
Garam
Minyak Bijan
Cara-cara :-
1. Disebabkan cheq guna ayam yang dah rebus jadi cheq kena kisaq dulu ayam tu guna pengisar kasar..
2. Goreng bawang besaq sampai naik bau
3. Masukkan ayam yang dikisar tadi dalam satu bekas..
4. Msukkan telur sebiji + minyak bijan + bawang besaq yang dah digoreng + garam
5. Gaul semua bahan tadi hinggan sebati
6. Ambil bahan-bahan yang dah sebati tadi buat bulat & lubangkan kat tengah-tengah & letakkan cheese
7. Dah habiskan semua letakkan dalam peti ais semalaman..
8. Esok boleh gaulkan bebola ayam tadi dengan telur & goreng...
9. Ta daaaa siap..hehe..
REMINDER : Kesedapan sesuatu makanan adalah dari ALLAH s.w.t. bukan dari manusia
No comments:
Post a Comment