Tuesday, May 13, 2014

ᵜ Langkah Pertama Untuk Capai Target ᵜ



"DIET".....hehe..rasanya memang tak penah terpikiaq la nak diet-diet nie..keras kepala kan..memang dah azam cheq tak kan amik apa-apa ubat kurus sebab in the end kalau stop amik ubat tu kompom badan naik balik...jadi nak di jadikan cerita...time tengah duk syok-syok message kat chatON ngan mak angkat cheq...dia habaq dia nak jadi pendorong semangat anak-anak dia nak kurus..ikot diet ATKINS...mula-mula tak da la terpikiaq nak ikot..ALLAH nak gerakkan hati selidik pasal ATKINS nie lepas cheq solat tahajjud..biasalah cheq selalu duk doa moga ALLAH bantu cheq untuk kawal nafsu makan cheq yang macam zombie nie...hehe..ALLAH s.w.t. tak kan ubah nasib seseorang melainkan diri sendiri yang cuba untuk ubah nasib kita..jadi sementara nak tunggu solat subuh memang sangat semangat untuk selidik pasal ATKINS nie...last-last jumpe blog taiko ATKINS nie..memang pembakar semangat cheq nak kurus nie..

Sepanjang hari duk kat office memang tak dak keja len yang cheq buat melainkan selidik & pahamkan apa tu diet ATKINS(tapi cheq pastikan keja suma dah settle la)...kita kena la ada ilmu nak buat sesuatu kan..ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TAK BERBUAH, AMAL TANPA ILMU SIA-SIA...banyak lagi yang cheq nak kena belajaq tapi apa-apa pun memang dengan semangatnya the next day memang nak kena start diet..alhamdulillah..cheq dah nak dekat sebulan diet..wahhhh....kejap jer rasa..hehe...

copy paste dari blog taiko..

PERSEDIAAN MEMULAKAN DIET

✦ Sebelum Diet

1. Study bagaimana Ketosis berlaku
2. Sediakan diari untuk tulis apa anda makan
3. Sediakan penimbang
4. Ambil gambar time gemuk banyak2
5. Niat

✧ Semasa Diet

1. Pedulikan kata2 orang sekeliling
2. Elakkan stress & enjoy berdiet
3. Kurangkan melepak dengan kawan-kawan. (tambah2 yang jenis suke makan2)
4. Tidur cukup, dengan harapan berat turun pagi esok.
5. Minum 2 gelas air sebelum makan.
6. Jangan skip sarapan.

No comments:

Post a Comment